Friday, February 4, 2011

GAMBAR-GAMBAR MASJID




Papan tanda masjid



Bangunan lama masjid



                                             masjid pandangan hadapan




                                            masjid pandangan sisi



                                                     Anjung masjid



                                                 Ruang solat lelaki



                                                     Ruang solat wanita



                                                 Bahagian dalam masjid




Tempat wuduk lelaki



 
Masjid dilihat dari jauh


BIBLIOGRAFI

[1] Dato’ Ismail Kamus,  Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid.(2009) Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur:Telaga Biru Sdn Bhd.
[2] Al-Quran.(1996). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al Quran 30 Juzuk. (Sheikh Abdullah Basmeih,) Kuala Lumpur: Jabatan  Hal Ehwal Agama Islam.
[3]Noresah Baharom, (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
[4] Muhd. Nazmi Desa, Muhd Suki Osman, Rajaluddin Yahya, (2003)Pendidikan Islam Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENUTUP



Kesimpulannya, pembinaan sesebuah masjid di suatu tempat memberi banyak kebaikan kepada individu dan masyarakat. Masjid yang makmur dapat membentuk keperibadian mulia seseorang di samping menjadi tempat menngeratkan ukhwah persaudaraan sesama umat Islam. Oleh itu, umat Islam perlulah berlumba-lumba untuk memakmur dan mengimarahkan masjid kerana rahmat Allah sentiasa menanti bagi sesiapa yang beribadat dan beriktikaf di dalam masjid dengan ikhlas.
Mengimarahkan masjid juga bermaksud mendirikan masjid, mengelokkannya dan membersihkannya daripada segala kekotoran zahir dan batin. [1]

Rasulullah SAW bersabda menerusi riwayat Sayidina Uthman Affan r.a:
“Sesiapa yang membina masjid semata-mata kerana Allah, Allah akan membina baginya sebuah mahligai di dalam syurga.”

Selain itu, golongan muda juga perlulah digalakkan oleh ibu bapa untuk selalu ke masjid kerana golongan yang akan mendapat naugan Allah  SWT di akhirat nanti ialah anak-anak muda yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid( iaitu suka beribadat).[1] Akhir kalam, marilah kita bersama-sama menjaga kesucian masjid dan mengimarahkannya agar kita mendapat keampunan dan keberkatan Allah SWT.

HARAPAN TOKOH MASJID

HARAPAN TOKOH MASJID

Di akhir sesi temu ramah, Ustaz Abdul Rashid bin Abdul Rahman yang merupakan bekas Pengerusi Masjid Nurus Said menyatakan harapan untuk melihat lebih banyak lagi aktiviti keagamaan akan dilaksanakan di Masjid Nurus Said. Menurut beliau, aktiviti yang diadakan akan memberi manfaat yang besar kepada sesiapa yang menghayatinya.

Beliau juga berharap akan ada peningkatan bagi pengunjung masjid terutamanya daripada golongan muda. Peningkatan golongan muda ke masjid, akan melahirkan pelapis-pelapis yang akan menggerakkan masjid pada masa akan datang. Justeru itu, ibu bapa perlulah menggalakkan anak –anak mereka supaya datang ke masjid dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

KESAN MEMAKMURKAN MASJID

KESAN MEMAKMURKAN MASJID


Sejak Masjid Nurus Said ditubuhkan, banyak  faedah yang diperoleh oleh penduduk kampung. Sememangnya tuntutan memakmurkan masjid memang digalakkan dalam Islam kerana ia memberikan kesan yang positif  kepada individu mahupun masyarakat.Antaranya ialah:

Masjid Nurus Said menjadi pusat tumpuan ibadah seperti solat jemaah sama ada solat fardhu, solat terawih, solat sunat hari raya, solat Jumaat dan sebagainya. Selain itu, masjid juga menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan. Ceramah, majlis zikir, pusat pentarbiahan anak-anak dan orang dewasa merupakan contoh majlis ilmu yang diadakan di masjid. Semua aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk Kampung Santan.

Masjid juga menjadikan tempat pungutan zakat dan tempat melangsungkan akad nikah.  Selain itu, penduduk kampung juga dapat mengetahui tentang perkembangan isu-isu berkaitan Islam dan hukum-hukum agama melalui khutbah Jumaat dan khutbah solat Hari Raya. Masjid juga tempat turunnya rahmat Allah kepada mereka yang beriktikaf dan beribadat di dalamnya.


Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 18:

Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.

(surah al-Taubah: 18)

KEGIATAN MASJID

KEGIATAN MASJID NURUS SAID

Jika dahulu, Masjid Nurus Said hanya digunakan untuk solat Jumaat sahaja, kini fungsinya telah berkembang. Kini, solat fardhu dan aktiviti keagamaan yang lain juga turut dilakukan di masjid ini. Antara aktiviti-aktiviti  yang telah dilaksanakan ialah:


Isnin malam Selasa- Kuliah mengenai  hadis
Oleh Ustaz Hj Mohamad Arshad bin Hj Taib (Imam 1)

Rabu malam Khamis -Kuliah berbentuk kesedaran mengenai ajaran Islam
Oleh Ustaz Mursyidi bin Rashid

Khamis malam Jumaat - Program bacaan Al-Quran dan pembelajaran tajwid
Oleh Hj Ahmad Kamil bin Hj Ibrahim (Imam 2)

Sabtu malam Ahad - Program ta’mir masjid (Unit Ta’mir Masjid Jabatan Agama Islam)
Oleh Ustaz Mohd Nor bin Mat Salleh

Selepas  Subuh (Isnin hingga Khamis) pula diadakan tazkirah dan program bacaan Al-Quran termasuk terjemahan dan huraian ringkas. Satu hingga dua ayat al-Quran akan dipilih bermula dari Surah Al- Baqarah dan sekarang kupasan ayat al-Quran tersebut sudah memasuki surah Ali Imran. Insyaallah, program ini akan berterusan sehingga khatam al-Quran.

Pagi Jumaat- Tazkirah berkenaan akidah, kupasan rukun-rukun iman dan perkara-perkara yang membatalkan akidah.
Oleh Ustaz Hj Mohamad Arshad bin Hj Taib

Pagi Sabtu- tazkirah kerohanian
Oleh Ustaz Shahrudin bin Abu Bakar

Pagi Ahad- peluang kepada anak-anak qariah yang berpotensi, dan berupaya untuk menyampaikan tazkirah menurut bidang ilmu masing-masing. Contohnya seorang anak qariah yang bergelar doktor boleh menyampaikan hal-hal semasa berkenaan kesihatan.
Seorang petani boleh berkongsi cara untuk meningkatkan hasil tanaman.

Program untuk ibu-ibu
Diadakan setiap hari Selasa selepas Asar, program ini dikendalikan oleh Ustazah Fauziah binti Sani. Program ini juga mempunyai pakej sumbangan kepada warga emas dan anak-anak yatim.

Kelas Fardhu Ain

Kelas ini diadakan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kebiasaannya, kelas ini akan diadakan pada sebelah petang. Para pelajar akan dibimbing oleh Ustaz Shahrudin bin Abu Bakar.


Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam

Masjid Nurus Said juga turut meraikan hari-hari kebesaran Islam seperti Bulan Ramadhan, Isra’ Mikraj ,Maulidur Rasul dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti bersesuaian akan diadakan di masjid bagi menyambutnya.

Program khas sempena bulan Ramadhan

Sempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak, masjid Nurus Said mengadakan terawih, moreh, tadarus al-Quran dan majlis berbuka puasa. Majilis khatam al-Quran pula akan diadakan pada malam 27 atau  28 Ramadhan.

Selain itu, sempena Program Tilawah  al-Quran Kanak-kanak yang lepas, Pengerusi Masjid Nurus Said telah mengishtiharkan 2 kelab iaitu:
-Kelab Kanak-kanak Masjid
-Kelab Remaja Masjid
Kelab Kanak-kanak diletakkan di bawah biro wanita dan dipengerusikan oleh Ustazah Jamilah bt Jusoh manakala Kelab Remaja Masjid pula diletakkan di bawah biro pemuda.

TOKOH-TOKOH AGAMA YANG MENGGERAKKAN MASJID

TOKOH-TOKOH AGAMA YANG MENGGERAKKAN MASJID

Terdapat beberapa orang tokoh yang terlibat dalam menghidupkan Masjid Nurus Said. Antara tokoh-tokoh terawal yang terlibat ialah Hj Yaakob, Hj Salleh dan Hj Osman. Mereka menggalas tanggungjawab sebagai imam masjid pada sekitar tahun 1920. Selain itu, masjid Nurus Said juga mempunyai tenaga-tenaga pengajar. Mereka ialah Hj Hassan, Lebai Hassan dan Hj Osman.

Setelah Hj Osman meninggal dunia, tempatnya sebagai tenaga pengajar diambil oleh Hj Yaakob dan beliau dibantu oleh Hj Jusoh. Antara tokoh lain yang telah lama berkhidmat  ialah Ustaz Rashid. Beliau telah menjadi tenaga pengajar masjid sejak tahun 1987 sehingga 2009.Selaku tenaga pengajar, mereka berperanan menyampaikan ceramah dan mengadakan kuliah di masjid.

Kini tampuk pemerintahan masjid telah diberikan kepada Ustaz Hj Mohd Arshad dan beliau dibantu oleh Hj Ahmad Kamil serta jawatankuasa masjid yang baru.